banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, June 12, 2008

Filem SEPI - dari kacamata Tipahvogue

Cinta tak datang hanya sekali.... Haa...itu la keywords untuk filem nih. Memula tengok iklan kat tv, cam sweet jek! Ada kunang2 di sebalik words SEPI tu, kan? Ahkak kan suka lampu2/cahaya2 bagai nih...bila nampak kunang2, ahkak memang suka hoccay!!! Dedolu, dapat invitation untuk previu filem di waktu kerja, jangan harap la aku nak amek cuti! Tapi aura filem SEPI nih kuat!! Cuti aku yang tinggal skek nih pon, sanggup aku korbankan. Memang berbaloi. Jalan cerita SEPI nih lebih kurang cam jalan citer filem CINTA, ada 3 kisah yang berlainan, tapi saling berhubung-kait. Tapi terus-terang aku katakan, filem SEPI nih berlainan sungguh dengan filem CINTA - tak sama langsung2!!! Malah, filem SEPI nih laaaaaaaagiiiiiiiiiiiiiiii besh dari CINTA. Wah gitu!!! Kisahnye gini... Kisah ADAM Adam, seorang pembuat kek yang berjaya, sering mendapat tempahan kek untuk majlis perkahwinan. Semua orang asek jemput dia gi kenduri, tapi kenduri dia takde pon lagi. Hidup dia agak sepi. Sepi dengan cinta. Suzie cinta padanya, tapi otaknya ada skek 'weng'. Satu hari, Adam telah terpikat pada seorang gadis yang memakai bunga kamelia di rambutnya. Siapakah gadis tersebut? Berjayakah Adam menawan gadis pilihannya itu? Bagaimana dengan Suzie yang amat menyayangi beliau? Kisah Sufi Sufi, pemilik kilang kasut Road Runner - memiliki segalanya dalam kehidupan. Punya isteri yang cantik dan anak yang comel. Namun, satu tragedi telah berlaku dan merenggut segala kebahagiaan yang dimiliki. Sufi hilang arah. Sehingga dia bertemu dengan seseorang. Seseorang yang berjaya mengubati kesepian yang melanda. Apakah tragedi yang menimpa beliau? Siapakah gadis yang berjaya merawat luka di hati Sufi? Kisah Imaan Imaan, pelajar kolej yang gemar dengan dunia sastera. Telah menulis skrip dan mengarah sebuah teater yang bertajuk Sepi. Ean memegang watak utama teater tersebut. Imaan tidak berpuas-hati dengan sikap sambil lewa Ean. Ean telah berusaha sedaya upaya untuk belajar teknik yang betul dari Imaan - sehingga menimbulkan bibit cinta. Namun hati Imaan telah dimiliki Khalif. Antara Ean dan Khalif, siapa yang berhak bertakhta di hati Imaan. Dimanakah letaknya kesepian yang dialami oleh Imaan? Kehidupan ketiga2 watak di atas, berubah setelah terjadinya satu tragedi. Tragedi apakah itu? Haaa.........Koang boleh jawab soklan2 di atas dak? Sure tak boleh kan? Hik hik hik....Kalau nak jawapan, kena la gi tengok filem nih yang akan ditayangkan pada 26 Jun nanti. Kalau tengok dari jalan citer di atas, cam biasa2 aja jek kan? Tapi percayalah cakap aku, filem nih bakal mengundang pelbagai emosi kat koang nanti!!! Satu jek pesanan aku - JANGAN LUPO BAWAK TICU [baca: tisu]. "Kak, akak ada bawak ticu dak?" dengan sora sengau2 sambey idong kembang kempis mata berair2, Konah tanya kat aku. Hahahaha...Tak boleh blaaa btoi si Konah nih taw!! Nangis beria2 sungguh!! Aku pon nangis gak, tapi takde la cam dia! Nangis cam bopren lari wooh!! Muahahaha... Tapi siyes la beb!! Citer nih aku bagi 5 bintang. Perfect!! I like it so much ahaks ahaks.....Tetambah lagi bila dewang berlakon kat Taman Tasik Taiping [tempat jatuh lagi dikenang hoccay!!] - hijauuuuuuuuuu jek pemandangan. Santekkkkkkk!!!! Tapi....Kalo lepas koang tengok filem ni nanti dan koang aser tak besh, koang jangan la plak salahkan aku ek!??! Sebab aku menulis entry nih, hasil dari pengamatan dan kacamata aku sendiri. Lain orang lain citarasanya, ye dak?!?! Tapi takpe [baper banyak tapi daaa....], percayalah!! Koang takkan rasa rugi menonton filem nih!! Kepada sesapa yang suka gado ngan laki/bopren tu, hangkut dewang gi tengok sesama. Pehtu baru la koang leh memahami konsep kesepian secara berjemaah ye! Hik hik hik.... Aku suka la dengan lagu2 dalam filem nih. Pestaim dengar lagu The Lima tajuk Kau Ada Dia tu pon, dah bisa menggegarkan jiwa!!! Kalau aku dapat lirik lagu nih nanti, aku kopipes kat blog ek?! Lagu Pacai pon besh, lagu Yuni Shara pon besh...Arh!! Sumer besh la!!! Kalau koang jumpa album runut bunyi filem SEPI kat kedai, jangan lupo beli taw!! Kompem koang tak nyesal gak! Hahaha.... Berbalik kepada keyword filem nih - Cinta tak datang hanya sekali. Hmmm...Betul tu!! Biarpun kita sayangkan seseorang, tapi kalau dia pergi - kita tak boleh nak pujuk untuk dia kembali. Biarkan dia pergi. Kita di sini, perlu teruskan kehidupan. Siapa tahu, mungkin kita akan bertemu dengan cinta untuk kesekian kalinya...... Nota kaki cagu: Mengharapkan cinta yang abadi!!!