PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Tuesday, June 10, 2008
Makcik yang brutal....
Sambungan kisah tragis semalam....
Seblom balik, Konah dah pesan, jangan balik awal. Time2 centu, ramai orang balik keje. Aku degey. Nak gak balik. Kol 6pm aku dah menapak gi stesyen komuter.
Baru turun tangga, tren dah berlalu pergi. Takpelah. Doa dalam hati, biarlah tren yang terlepas tu gi Sentul, bukan gi Rawang.
Lepak2, berborak tipon dengan Lela [bz ngalahkan PM...huh!] pehtu tren lalu...gi Sentul. Doa lagi, biarlah orang yang dok tunggu reramai tu sumer pakat naek tren tersebut. Tapi kuchiwa. Ramai yang tunggu tren gi Rawang rupanya. Hadoihla...
Sabar menanti lagi. Sambey tunggu tren, sambey main game bowling kat hp. Kol 6.30pm baru tren sampai. Alhamdulillah. Sumer pakat terpa berdiri di garisan kuning, dan aku juga tidak terkecuali. Dah tanam niat dalam hati, kalau orang ramai dalam tren, aku tanak masuk, nak kensel. Takpe la tunggu lama sikit pon, janji tak kena himpit dah.
Tapi niat aku terbatal bilamana pintu tren btoi2 benti depan aku. Dalam tren dah penuh. Tak sempat aku nak mengundurkan diri, makcik belakang aku dah tolak aku sekuat hati. Hadoih!!! Saket woohhhhhh!!! Bleh patah pinggang aku dibuatnya. Orang dalam tren plak marah sebab tak bagi laluan orang yang nak kuar. Ahkak terkepit dan dikepit nihhhh....!!!! Sambedi help me!!!! Isk!!! Nak marah pon tak besh sebab tengok muka makcik tu brutal sangat!!
Dipendekkan citer, sekali lagi aku jadi 'sadin yang lunyai' di dalam tren komuter tersebut. Seboleh mungkin aku melarikan diri dari makcik brutal tu. Gerun sey tengok kening dia asek bercantum ja! Huhuhu...*hah, ko ingat ko soang jek brutal kat jalan? ada lagi brutal dari ko, taw dak?!?!*
Time tren benti kat stesyen Segambut, makcik brutal tu telah menolak dengan kasar soang makcik gak yang berdiri depan dia. "Keluar la dulu, orang nak keluar tu!!!" Tapi dia sendiwi tak kuar. Ada ke patut!?!?! Tak patut...tak patut!!!
Nak jek aku sound setepek kat makcik tu, orang lain pon penat keje, orang lain pon nak balik gak umah, orang lain pon terkepit dan disepit gak, tapi takde la kecoh2, bising2, marah2 tak tentu hala. Ileks arh makcik!! Cool bebeh!!!
Kesimpulan yang dibuat, aku tamoh dah naek komuter. Biarlah aku kuar duit lebih isi petrol pon takpe, biarlah aku berpanas berhujan naek motor, aku rela. Aku dah tak sanggup lagi menjadi 'sadin yang lunyai'. Tapi kalo ada kes emejensi, mungkin aku naek komuter gak la kot! Tu pon KALAU ye....hehehehe....
Nota kaki cagu: Dia dah fly!! Dia dah fly!! Howyeah!! Semoga perjalanan dia selamat hendaknya!!!
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|