banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, June 05, 2008

Owh Pak Lah ku sayang.....

Timer kasey Pak Lah! Timer kasey memanyak di atas usahamu itu dengan menaikkan lagi rega petrol! Daku gumbira skali menerima berita ini. Sungguh! Gumbira sampai menitik2 airmataku dibuatnya. Owh Pak Lah!!! Dikau berjaya membuatkan lebih ramai rakyat jelata begitu terharu dengan tindakanmu itu! Terima kasih Pak Lah!! Jasa mu ku kenang!! :D ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Aku taw, ari nih topik paling hangat yang bakal menjadi tajuk entry di merata2 blog, mesti citer pasal kenaikan harga minyak, kan kan kan? Aler, kalo koang tak buat entry pasal minyak pon, koang sure ada sembang2 pasal hal nih gak! Tipu arh kalo kata tak amek pot langsung pasal hal nih! Aci kerat kuku jari arh! :p Info awal aku dapat pasal hal nih ialah daripadai Zairul waktu aku tengah lepak2 minum petang kat kafe semalam. Bila dengar jek dia cakap rega minyak naik, aku dah kuchiwa teramat! Tapi pehtu dia cakap, kerajaan akan bagi rebate untuk kelompok2 yang diklasifikasikan oleh dewang. Lega sikit. Balik dari opis, dah target mo isi minyak motor full tank. Rata2 semua stesyen minyak jem, penuh dengan kereta yang beratur panjang. Jalan sesak. Aku isi minyak kat stesyen Petronas Jalan Setapak. Time baru nak bergerak balik, ternampak depan mata sendiri, kemalangan berlaku antara motor dan kereta - gegara berebut nak masuk ke stesyen minyak secara gejoloh. Huhuhuhu...Donia...donia! Malam, pakat berebut channel tv dengan anak buah, dewang nak tengok channel kartun, aku nak tengok berita kat TV3 - kompem la aku menang! Hik hik hik... Lepas aku dengar/tengok berita, baru la aku paham pasal subsidi/rebate yang dimaksudkan. Aku nih tergolong dalam kategori pengguna motosikal bawah 200cc, so, dapat RM 100++ jek nanti bila renew roadtax. Lega! Tapi, lepas kira2 balik, rerupanya subsidi yang diberikan tu, cam tak berbaloi jek gitu! Isk!! Tapi sebagai manusia yang pasrah lagi redha, aku terima semua yang ditetapkan dengan hati yang terbuka. Chewah!!! *tak bleh kondem weih, kena puji melambung2 demi keselamatan sejagat* Kompem la pasnih aku gi keje naek komuter! Motor hanya akan digunakan disaat2 kecemasan jek! *tak percaya dengan diri sendiri* Nih baru dapat email berlambak2, ajak soh MOGOK MINYAK!! Jangan isi minyak selama 3 hari berturut2. Hik hik hik...Ada ke yang buat mogok nih ek? :p Nota kaki cagu: Beras naek! Petrol naek! Takrif letrik naek! Yang turun apa?!?!