The life, the loves & the inspiration.
Dah lama si Cepai ajak aku tengok teater nih. Tapi akibat kebizian pindah umah, kebizian mengemas umah, dan ditambah kebizian nak kuar umah, menjadikan agenda nak tengok teater nih drag dan terbiar begitu sahaja.
Sampai la satu ari, time aku dah terbuka ati nak gi tengok teater, alih2 tiket yang murah2 semua dah abeh. Cepai pon dah kuchiwa. Aiseh!
Ntah ari apa ntah, tengah aku dok hadap makanan, Cepai call. Katanya, dia dapat tiket free untuk tengok teater tersebut. Pilih jek nak hari apa, enitaim!! Wohohoho...Gumbira bukan kepalang. Setelah menyemak jadual aku dan juga timetable Cepai, maka, kami telah bersepakat untuk pegi ari Ahad [malam kemuncak dan malam penutup].
So semalam, terkedek2 la kami berdua merempit membelah langit nan senja untuk pergi ke Istana Budaya.
Dipendekkan ceritera, kami dapat duduk di tengah2, duduk dengan segerombolan VIP dari Celcom. Wohohoho....Meriah!! Dah la tiket free, dok plak tempat yang besh...I likeeeeeeeee!!!

Teater muzikal ni amatlah besh skalik!! Betul!! Tak tipu!! Kerakar tak hengat donia!! Walopon ada mamat macho dok seblah aku, aku tak duliks. Aku gelak tak bleh mo kaber beb!! Sungguh la membuatkan aku punya pankreas dan usus pewot tegang sebab dok gelak. Hahahaha...

Hero yang membintangi teater nih berjaya membuatkan aku teruja. Dah la ada rupa iras2 P.Ramlee, sora pon sedap [tapi ada part2 sora dia dengar cam flatttt gitu]. Emelda punya liuk-lentok, sungguh la ayu. Kegedikan Atilia sungguh la kerakar. Keegoan Melissa Saila sungguh la dahsyat. Kemanjaan Liza Hanim sungguh la suwitttt...Pa pe pon, aku tabik spring dengan Melissa Saila arh!! Watak Norizan yang dipegang sungguh hidup dan menjadik. I likeeeeee....

Time rehat selama 20 menet tu, kitoang dapat makan2 dan minum2 - disponsor oleh Borneo Cafe [milik Tiara]. Minum air teh halia, buatkan pewot aku maken memulas-mulas [mana taknya, siang tu aku cuma makan pasembor jek]. Huhuhu....

Teater tu abeh jam 12.30 malam. Ada sesi sign otograf dan bergambar dengan pelakon. Tapi aku malas nak beratur. Makanya, aku dan Cepai melilau2 di ruang legar, cekup memana artis yang ada dan bergambo dengan dewang. Ihiksss...Tengok la, sampaikan laki Tiara tu pon aku nak bergambo gak!! Hahahaha....
Antara dialog yang paling aku suka: -
Norizan -
"Kalau you balik lambat, I keluar!"
P.Ramlee -
"Kalau you keluar, I balik lambat!"
Hahahahaha....Bergema satu panggung dengan hilaian ketawa penonton!!
Aku tabik spring la kat semua yang terlibat!! Suka dengan gadis2 mungil yang gedik, suka dengan lontaran suara dan tarian, suka dengan jalan penceritaan. Pendek kata, aku bagi 5 bintang untuk Teater Muzikal P. Ramlee ni.
Balik umah, singgah kedai mamak, tapau maggi guring. Lapo daaa.....
*Toche kat Cepai sebab sudi ajak aku gi tengok teater yang besh nih. Toche gak kat kawan Cepai yang bagi kami masuk free. Ngeh ngeh ngeh....
Nota kaki
cagu: Jeling2 manja....
|