banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Tuesday, February 13, 2007

Dapat jemputan....

Baru beberapa hari yang lepas, berborak dengan Mya pasal jemputan dari pelajar2 course Kesetiausahaan. Dah lama dewang tak jemput kami bagi ceramah. [Wah! Macam la hebat sangat Cik Tipah soang nih!! :p] Kali terakhir kami dijemput ialah pada 2 tahun yang lepas, gi bagi ceramah di Politeknik Sabak Bernam, Kuala Selangor. Bermalam di chalet Firefly Park Resort, sekaligus tengok kelip2 di waktu malam. Indah sekali! :D Tetiba, pada hari Ahad yang lepas, aku terima sms dari seorang pelajar tahun akhir di Politeknik Port Dickson, Zaidah namanya. "A'kum kak, saya Zaidah, stud PPD. Dpt no. hp dari En. Ashri. Kitoang nak jemput akak bagi ceramah tentang kerjaya dan berkongsi ilmu, pengalaman, cabaran dan dugaan sepanjang menjadi SU bulan 3 nanti, sempena Minggu Kesetiausahaan." Wah! Kembang-kempis jap idong aku yang mancung nih dibuatnya. Hahahaha. Rerupanya ada lagi yang nak jemput bagi ceramah! Nampaknya kena godek balik lemari buku, nak cari file2 ceramah yang dah menghilang sejak 2 tahun yang lepas. :p Insya Allah, aku akan ke PD pada 9 Mac nanti. Terniat di hati, nak sewa dan bermalam di salah sebuah hotel di sana nanti. Dapat diskaun 75%. Yeay! Err...Ada sesapa kengkawanku ataupun bekas2 student DSK yang nak turut serta tak? Moh la kita meriahkan majlis sesama, sesambil mengimbau kenangan lama yang indah2 [tamoh ingat kenangan pahit, kang jiwa kacau plak kang! :p] Jom! Jom! Jom! Nota kaki cagu: Naper la dewang tak jemput gi Dinner, kan besh! Leh melaram! Muahahaha. :D