banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Wednesday, February 21, 2007

Penatnya!

Permohonan kredit cuti telah diluluskan. Harap maklum.Terima kasih.

Supposed aku cuti lagi ari ni. Aku sepatutnya balik ke KL naik bas jam 2pm ari nih, tapi kensel last menet. Aku paksa mak jual balik tiket bas tu. Aku balik petang semalam. Nak taw naper? Haaa..meh baca meh! Jumaat, 16/2/07 Bertolak pulang ke Taiping jam 11pm bersama2 dengan Mya dan hubbynya. Toche kawan ku!!! Seblom naek keta, aku sempat telan ubat selsema. Sepanjang-jalan-kenangan, aku menidurkan diri. Ngantok giler sey makan ubat selsema tu! Isk! Tapi tido2 ayam jek la. Jalan jammed banget. Sampai ke Taiping jam 5am. 6 jam perjalanan tuuuuu!!! Hadoih la! Isk! Sampai jek kampung, salam mak, salin baju, pehtu terus tido. Sabtu, 17/2/07 Aku dilanda asthma yang manja! Erk!!! Ada manja2 plak ek?! Hehehe. Sib baik aku bawak inhaler. Pas amek inhaler, baru rasa lega saluran pernafasan aku nih. Isk! [Pakej rasmi penyakit aku, memula saket tekak, pehtu selsema, dan tak lama kendian sure asthma. Memang dah leh agak dah! Isk!] Bawak mak abah gi reronda kat pekan Taiping. Lunch kat luar. Balik, tolong mak/abah masak. Mak/abah memang slalu dapat kontrak masak makanan untuk kenduri kawen. Mak janji nak bagi upah kat aku kalo aku tolong. Yeay!! Tengah sengkek2 nih, aku kaut sama rata ja semua. Hahahaha. :p Mak2 sedara dan pak2 sedara aku sumer pakat mai tolong gak! Meriah suasana umah aku. Cam ada kenduri plak kat umah. Hmmm...Dalam meriah2 tu, bila dah berkumpul reramai, pepaham jek la mulut makcik2 aku nih, soklan mauts sure tak terlepas punya! "Hang bila lagi nih?" "Yang dah lepas tu, lepas la. Mulakan la idop baru." "Tak dak sapa2 ngorat hang ka?" Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Tensen sey!!! Rasa cam nak lari masuk bilik jek. Layan tido lagik besh! Uhuksss. Ahad, 18/2/07 Bangun pepagi, [sempat didodoikan dulu..toche you!!!], pehtu tolong sambung memasak. Kol 11am, berangkut barang2 dan segala periuk belanga, bawak gi umah orang kenduri, kat Kg. Changkat Larah. Aku gi tolong kat umah kenduri tu dengan hanya memakai t-shirt dan jeans, bleh gitu?! Orang2 kampung yang datang kenduri sumer usha aku dengan muka yang sungguh pelik skali. Hik hik hik. Sungguh hina dan keji skali ku rasakan diri ini! Lupa bawak balik baju kurung daaaaaaaaaaa.... :p Kol 4pm baru berangkat balik ke umah. Penat giler sey! Haduuuuuu..Rasa cam takde badan lagi dah. Isk! Berehat setengah jam, pehtu bersiap2, nak kuar gi makan kenduri kat Kuala Kangsar plak. On da way, tetiba keta manual yang aku pandu tu, termati enjin. Di tengah2 jalan yang jammed plak tu. Berhampiran Taman Tasik Taiping. Cuak japs dibuatnya! Datangla 2 orang mamat Cina dan soang pakcik India tolong tolak keta ke tepi. Hampir 1 jam tersadai kat tepi jalan. Sib baik ada sorang pakcik Melayu nih datang tolong. Rerupanya, ikatan skru kat bateri kereta longgar. Kusss semangat! Sambung drive gi Kuala Kangsar. Tersesat dan meraban, tapi akhirnya sampai gak ke umah kawan baek Kaknyah, Shiela - yang melangsungkan perkahwinan pada ari tu! Congratulations!! Hangkut Kaknyah balik ke Taiping. :p Reronda kat Taman Tasik Taiping dulu. Skali ada fun fair daaaa. Apa lagi, kitoang pon pergi la menghabiskan saki-baki wang yang ada di situ! Yang malangnya, aku yang kena banjer Kaknyah dan Mirul. Adeh! Kopak-kobana dibuatnya! :(

Kat fun fair yang sungguh meriah!
Isnin, 19/2/07 Bangun pagi [pagi tak pagi sangat la... :p], buli pendodoi. Tak kasik dia tido! Hik hik hik....Besh besh besh! Lepas Asar, bawak Mak, Kaknyah dan Mirul gi Bukit Merah Laketown Resort [again?!?] Hehehe. Kali nih belanja dewang naik bot plak. Sunset Cruise [RM10 per person], pusing2 lake dalam 45menet sambel diberi penerangan secara ringkas. Naek bot dalam kehujanan. Isk! Balik, singgah jap umah Maklong. Pehtu anto mak balik umah. Aku dan Kaknyah kuar gi nyanyi2 hiburkan ati kat pekan Kamunting. Sampai umah kol 12am. Mak dah cekak pinggang depan umah sebaik saja kami sampai. Muahahaha. Gayat japs! :p Selasa, 20/2/07 Bawak mak abah reronda area Taiping. Kol 2pm, bergerak pulang ke KL dengan Pakjang dan Kaknyah. Aku telah berjaya memujuk rayu mak/abah untuk mengkidnep Kembara. Mak bagi dalam keadaan redha dan pasrah. Itu pon berbakul2 nasihat mak bagi kat aku. Jaga keta leklok, jangan dok bawak lelaju, bla bla bla. Hehehe. Seronok dapat bawak balik keta! 'Panjang' skek langkah aku nanti. Hahaha. Tapi tak seronoknye bab 'keta manual' dan 'duit minyak' jek! Haduuuuuuuu...Cane nak kumpul duit nak gi jenjalan nanti nih! Adeh! Pakjang drive dari Taiping ke Ulu Bernam. Jalan jammed tak hengat. Aku amek alih drive dari Ulu Bernam, pehtu masuk jalan lama kat Tanjung Malim [masih jammed] bawak sampai ke KL. Anto Pakjang yang berkursus kat Dynasty Hotel dulu, pehtu dropkan Kaknyah kat Puduraya, then terus pecut gi umah Kakak. Sampai dalam kol 8.30pm. Gigil pala lutut! Lepas bersantap memoncetkan pewot, balik ke BBS jam 10pm. Keseorangan. Ketakutan! Mya lom balik dari kampung lagi. Isk! Sib baik Pendodoi sudi 'layan' aku. Toche you!! Takde la aku 'kekerasan' sesoang diwi kat umah tu!! Muahahaha.... :p Rabu, 21/2/07 Niat di ati, nak jek aku cuti ari ni. Badan masih sengal2. Lutut pon masih gigil lagi. Tapi bila mengenangkan, aku pasti kebusanan bila keseorangan dirumah, aku gagahkan diri gak datang ke opis ari nih. Adeh!! Sib baik leh kreditkan balik cuti aku tu. Kalo tak, rugi you!! :p Nota kaki keras: Kata kakak, dengar sora aku lately nih dah lain - hepi jek. Kata abg Farid, tengok wajah aku dah ceria semacam. Kata Kaknyah, nampak berisi balik badan aku nih. Tanya dewang, "Sapa?"........Aku 'kekerasan'! :p [Harap2 takde orang claim royalti sebab guna 'words' dia...hehehe]