banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Saturday, February 10, 2007

Puaka Tebing Biru

Sinopsis Ratna adalah rakan karib Ayu yang tinggal bersebelahan rumahnya sejak kecil. Ayu, seorang gadis lemah-lembut sedang dilamun cinta dengan seorang pemuda kampung bernama Mohsin. Ratna yang mempunyai seorang adik perempuan bernama Atilia telah mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur tetapi tidak mendapat keizinan ibu mereka. Hati Ratna terluka. Akhirnya, Ratna tidak berganjak dengan keputusannya lalu pergi meninggalkan Atilia, ibu serta rakan karibnya, Ayu. Selepas 7 tahun berlalu, Ratna kini berjaya sebagai seorang petugas di unit forensik di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Namun ada sesuatu yang menghantui hidup Ratna. Ratna tidak pernah tenteram sejak 6 tahun yang lalu. Bayangan seorang wanita yang sering mengganggu menyebabkannya menjadi semakin tertekan. Selain bayangan wanita tersebut, muncul pula seorang kanak-kanak perempuan. Bagi menenangkan fikiran, Ratna mengambil keputusan untuk bertemu keluarganya. Itulah pertemuan pertama, selepas 7 tahun tidak bertemu adiknya, Atilia. Setelah bertemu, Ratna dan Atilia mengambil keputusan bermalam di rumah pusaka tinggalan bapa mereka yang terletak di tepi pantai. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku sepanjang bermalam di situ. Lebih menggerunkan apabila Atilia dikunjungi seorang kanak-kanak perempuan misteri mengajaknya bermain di tepi pantai. Photobucket - Video and Image Hosting Dalam perjalanan pulang, mereka bertembung dengan sekumpulan orang kampung sedang mengusung keranda ke tanah perkuburan. Apakah misteri di sebalik kemunculan bayangan wanita dan kanak-kanak perempuan tersebut? Siapa kanak-kanak itu? Semuanya bakal terjawab apabila anda menonton karya sulung arahan Osman Ali, ‘Puaka Tebing Biru bermula 18 Februari di pawagam! ~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dari sudut pandangan seorang blogger picisan bernama...Tipahvogue :p Ekceli, aku tak tengok filem nih secara terang-terangan dan direct. Kebanyakannya aku melihat melalui celah2 jari-jemari dan shawl yang banyak membantu menutup muka/mata ku ini. Muahahaha. Dasar penakut betul!! Di awal filem, menunjukkan Ratna yang sering diganggu oleh bayangan makhluk perempuan bersama seorang budak yang sering muncul tak kira samada di hospital tempat Ratna bekerja, di car park, di jalanraya mahupun di rumah. Awal2 lagi dah bikin suspen arh! Kendian, flashback plak citer tentang bagaimana keakraban antara Ratna dan sahabatnya Ayu, kemesraan antara Ratna dan adiknya Atilia, dan kebencian mak Ratna yang tidak dapat melupakan serta menyalahkan takdir tentang kematian arwah suaminya. Sehinggalah Ratna mendapat tawaran bekerja di KL, mak Ratna dan Ayu semacam tidak memberi restu akan pemergiannya itu. Wah, ayat!!! Skema gitu! Hahaha. Setelah hampir 7 tahun membawa diri [merajok aarh kunun], akhirnya Ratna mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Ratna telah menjemput adiknya di Stesyen Keretapi dan singgah ke umah lama mereka [kalo tak silap, tempat tu diberi nama Tebing Biru] dan bermalam di situ. Haaaa...sejak bermalam disitulah, gangguan terhadap Ratna semakin hebat! Ratna dapat berjumpa dengan Ayu, Atilia yang hampir kelemasan, Mohsin yang dah kurang siuman. Dan akhirnya misteri pon terjawab dan segalanya selesai. [Maleh mo citer sampai abeh sebenornye! :p Nak taw jalan citernye nanti, gi arh jengah pawagam ek! Kompem tak rugi tengok citer nih taw!!!] Antara scene yang tak leh dilupakan... 1) Scene Ayu bersalin. Sesoang. Sian sungguh! Seksa rasanya! Huhuhuhu... 2) Scene Ayu gigit tali pusat baby. Arghhhh...Ngeri sey!!! 3) Scene baby yang tak berbaju dan dibiarkan terlantar di lantai papan. Alahai! Siannye!! 4) Background lagu yang sungguh mendayu2 dan mengerikan. Owh nooooooo!!!! 5) Scene antu Ayu puaskan nafsu serakah Mohsin dengan menghisap ibu jari kaki Mohsin. Ieeyarkkkkkkkkk!!!! 6) Dialog nih ---> "Ayu sayang Mohsin?" tanya Mohsin. "Sayang." jawab Ayu. "Kalau sayang, Mohsin pegang tangan Ayu, boleh tak?" tanya Mohsin penuh debar. "Pegang tangan je taw!" jawab Ayu sambel sengih malu2. Hah...scene seterusnya...mak aiii!!! Sungguh berahi gitu!! Muahahaha... 7) Sedey sey time scene Ratna nak blah gi KL. Mak dia wat dunno jek kat dia. Adeh!! Haaa...gitu la serba-sedikit yang aku leh kongsi ngan koang sumer! Scene ngeri2 tu, aku tak leh nak citer arh sebab aku sendiri pejam mata time muzik ngeri berkumandang. Hik hik hik. Kepada peminat filem2 horror, jangan risau, koang takkan bosan dengan citer nih. Cuma filem nih agak panjang sikit arh, 2 jam 7 minit. Leh kebas montot dibuatnya dok lelama dalam panggung tu. Ahaksss... Gi ler menonton filem ni pada 18 Februari nanti ye. Sapa lagi nak sokong filem tempatan kalo bukan kita, kan!?!? :p Nota kaki tempang: Masih perlukan Mya untuk temankan aku tido! Hahaha.