banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Tuesday, February 06, 2007

Satu Untuk Satu

Beberapa minggu yang lepas, aku dan team Squad Charity [dulu dipanggil team Projek Syawal] ada membuat kutipan wang ringgit, pakaian, barang2 keperluan. Walaupun telah banyak badan2 berkanun/bukan kerajaan yang telah menjalankan sesi pungutan derma untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor, projek kami ini tetap mendapat perhatian yang sewajarnya dari insan-insan yang bermurah hati yang sudi menghulurkan bantuan. Alhamdulillah. Terima kasih yang tak terhingga buat mereka yang telah sudi menderma. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian semua. Semalam, aku, Mya, Odah, Ida dan Fay telah berkumpul dan telah men'sorting'kan pakaian-pakaian yang telah didermakan. Sungguh banyak sekali pakaian yang kami terima. Terima kasih ye!! Kami juga telah menerima sumbangan berbentuk pampers, ubat gigi, berus gigi, tuala, telekong dan kasut. Alhamdulillah! Syukur!
Photobucket - Video and Image Hosting Tengah bz sort baju2 yang didermakan. Photobucket - Video and Image Hosting Baju2 yang telah di sort. Photobucket - Video and Image Hosting Antara barang2 keperluan yang telah didermakan.
Walau bagaimanapun, kami masih mengharapkan sumbangan berbentuk wang ringgit untuk kami membeli barang-barang yang agak penting [seperti pakaian dalaman lelaki dan wanita serta kanak2]. Sekiranya masih ada yang sudi menghulurkan derma, sudi apalah kiranya korang mem'bank-in'kan RM korang ke dalam akaun yang tersebut di bawah ye: - Maybank 162076018103 Suriyati Hussin [email: suri@bnm.gov.my] Maybank 114093434610 Nor Aimah Mohd Nor [email: aimah@bnm.gov.my] Untuk makluman dan keterangan lanjut, korang bolehlah layari website rasmi kami di Projek Syawal ye. Semoga segala usaha murni kita diberkati Allah SWT hendaknya. Insya Allah. Nota kaki tempang: Pelik dan jelik!