Buat jahat di ari Jumaat! :p [2/2/2007]
Lunch time, gi makan cendol yang sungguh yummy di
Foodcourt MJ. Lepas makan, jenjalan dan sambar sehelai baju. Pehtu aku menghasut plak Kak Lin dan Mya untuk turut jua melaburkan RM dengan membeli sehelai baju. Berjaya you! Hahahaha. Memang dasar
penghasut btoi arh! Sib baik Kak Feez dan Sheena gi saloon, kalo idak, dengan dewang skali aku hasut. Ahakss!!
Petang, aku hasut plak Sepai untuk buat
'keje gila yang sungguh jahat'. Haaa...Amende tu ek?! Resia! Resia! Mana leh kabo! Tq Sepai sebab sentiasa meng'available'kan diri ko dengan aktiviti last menet dari aku nih. Biarlah perkara itu menjadi resia kita, dia dan mereka yang tahu sahaja ye! Hahahaha.
Sabtu, 3/2/2007
Nak gi
Kuantan ari nih. Kebetulan plak kelas dibatalkan [yeay!], maka aku telah dengan rela hati membontoti Mya dan menumpang-kasih kereta Ikram dengan ditemani oleh Kama-si-sutra untuk pergi ke Majlis Perkahwinan kawan se'induction' kitoang, Incek Arif dan pasangannya, Ninie.
Tengah bersiap2, sekali Incek GM tipon.
"Awak, turun bawah taw. Saya ada belikan lempeng untuk awak. Saya dah on da way nak ke rumah awak ni!"
Huhuhuhu. Sungguh meraban kawan aku nan soang ini. Tetiba jek bermurah ati belikan lempeng buat diriku ini. Hehehehe.
Toche memanyak ye awak!! Giler lama saya tak makan lempeng taw! Rasa cam kembali ke zaman kekanak ribena plak bila menjamah lempeng tu!!! :p
Kol 3.30pm, Ikram datang menjemput aku dan Mya. Pehtu gi amek Kama-si-sutra dekat
Stesyen Projet Gombak dan kitoang pon meneruskan perjalanan ke
Kuantan.
Sepanjang-jalan-kenangan, otak aku telah berputar dengan ligat sekali mengimbau kenangan terindah/pahit tahun lepas. Uhukss.
Sampai di
Kuantan dalam jam 7.45pm. Gi merayau di
Kuantan Parade. Tapi busan arh jenjalan tanpa arah tujuan. Gerak gi
Megamall Kuantan. Gi tengok wayang citer antu Thailand -
The Unseeable. Terpaksa tengok citer antu sebab takde citer yang lagi besh dari citer antu tersebut. Ngee..ngee..ngee..
Sepanjang wayang tu ditayangkan, aku banyak menontonnya melalui celah jari-jemari ku yang runcing ini. Sungguh lemah sekali semangatku ini. Ngeri sey! Tamoh dah aar tengok citer antu! Tak suka! Tak minat! Takut! Huwaaaaaaaaaaaaaaa!!! Tapi kan koang, heroin citer nih sebijik muka cam Farah Fauzana [DJ Hot.fm tu ar]. Ngeh ngeh ngeh. Harap2 ini adalah citer antu yang terakhir yang aku tengok. Pasnih tolongla jangan sesapa ajak aku gi tengok citer antu lagi dah! Aku ni penakut-yang-maha-dasat taw! Hahahaha.
Err..Takut-takut gak, tapi bila lalu kat
Bowling Centre, Megamall [kena buat lintasan hormat depan bowling nih sebelum gi ke GSC], teringat sesangat kat 'dia'. Kontrol pernafasan Tipah! Kontrol!! Huhuhuhu.
Pehtu gerak balik ke umah nenek Ikram. Nompang tido dirumah neneknya itu! Tido dalam keadaan jiwa yang penuh kacau bilau. Sungguh tak lena tido malam ku itu! Mimpi antu lagi, jiwa kacau lagi, sejuk lagi. Adeh..deh..deh!
Ahad, 4/2/2007
Gi bekpes dengan Mya di kedai berhadapan dengan umah nenek Ikram. Sungguh besh sekali kawasan perumahan disitu. Serba-serbi ada. Kedai makan yang sungguh bersepah2, pasaraya, klinik, playground. Pendek kata, complete segalanya lah!! Teruja dibuatnya.
Kol 12.30pm, bersiap2 dan kuar gi ke
Dewan Jubli Perak, Telok Cempedak, Kuantan di mana tempat berlangsungnya majlis perkahwinan Incek Arif. Tema pakaian dari penyambut tetamu, sehinggalah kepada mak/ayah pengantin lelaki adalah berwarna hijau. Sedondon dengan aku! Huwaaaaaaaaaaa... Ari tu gi kenduri kawen Syida [kawan UTM] pon, sama kaler tema gak! Adeh! I malu you!! Ikram kata, aku nih penyambut tetamu yang curang! Hahahaha. Sampai ati btoi taw!! :p
Selamat Pengantin Baru buat sahabatku, Incek Arif dan Ninie. Semoga kekal hingga ke akhir hayat hendaknya.
Perkara pertama yang kitoang buat sebaik saja sampai ke dewan tersebut, tak lain tak bukan, bergambo dengan pasangan pengantin. Hahahaha. Lepas bergambo, makan time!!!! Sesambil makan, layan nasyid dan kugiran yang dijemput khas. Pehtu kitoang pon bergerak pulang.
Eh! Eh! Tak terus pulang. Kitoang gi jenjalan ke
Telok Cempedak dulu. Gi salin baju pehtu baru merayau2.
"Perlu ke salin baju gak? Kalau tak salin tak boleh ke?" Tanya Ikram.
Mana besh beb, jenjalan tepi pantai pakai baju kebaya, kan Mya kan? :p
Aku telah berjaya membeli 4 helai t-shirt Telok Cempedak untuk 4 orang anak2 buahku dibawah bajet RM20. Yeay! Puas gak rasa ati! Cari t-shirt RM5 kat Sabah tak dapat, tapi kat Kuantan leh dapat lak rega centu. Besh besh besh!!!
Lepas dah salin baju, kena la bergambo dulu! Ahakss!!
Sekali lagi jiwaku terusik. Tengok kerusi yang aku dan 'dia' pernah duduk dan makan2, tengok batu tempat kitoang melepak, betul2 bikin hatiku makin jadi pilu. Rasa cam nak nangis bila teringat kenangan2 nan indah itu, tapi mana besh nangis2 dah, kan? Past is past! Huhuhuhu. Kenangan tetap kenangan. Mana boleh dipadam.
Eerr...pasnih kalo boleh, aku nak cuba elakkan dari pergi ke
Kuantan lagi la, aci dak?! :p
Agak2, 'dia' ingat lagi tak kenangan kat batu nih?! Huhuhu
Nak jugak bergambo dengan beruk2 liar tu ek?! Ish..ish..ish..
Budak dalam gambo nih sesat arh! Aku amek gambo nih pakai self-timer. Time tu dia nak lalu. Aku soh dia jalan cecepat, alih2 dia berenti dan bagi pose yang sungguh istimewa sekali. Huwaaaaaaaaaaaa!!!
Bergambo kenangan dengan Mya di tepian pantai Telok Cempedak.
On da way balik jam 4.30pm, singgah membeli keropok2 di tepi jalan. Exit highway
Gambang. Lepas tol
Bentong, kami telah terjebak di dalam kesesakan lalu-lintas yang sungguh hebat sehingga berjaya membuatkan Mya migrain. Isk! Penat sey!!
Gini ler rupa bentuk jammed yang terpaksa kitoang tempuhi petang semalam. Adeh!
Sampai ke
KL jam 7.30pm. Mandi-manda, kemas beg, layan ABPH 2006 [Tahniah buat Mawi yang kelihatan sungguh ensem dengan suit putih nya itu...] dan tido. ZZZzzzzZZZzzzz.
** Toche memanyak buat Ikram yang telah sudi menaja transport, minyak, tol serta penginapan sepanjang trip ke Kuantan. Mudah-mudahan Tuhan murahkan rejeki ko hendaknya, ye!!! :D
Nota kaki
cagu: Ingatkan aku dah cukup kuat, rerupanya belum lagi ye! Hmmm...
|