banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, February 26, 2007

Ujung minggu yang memenatkan...

Sabtu, 24/2/2007 Kepenatan! Bangun pagi, badan sengal2. Terus sms kengkawan UTM, tanya pasal test! Suruh dewang pulun study, leh aku tiru nanti. Ahakss!! Keji btoi perangai! Kol 12.30pm, dah gerak gi Library UTM, melepakkan diri bersama2 dengan Suraizah. Kengkunun study arh! Err...Masuk la sikit2 dalam palotak nih! :p Tq Su sebab tolong aku dalam test pertama ari tu! Hahaha...Tanpa ko, siapalah aku ini! Ihiksss.. Lecturer abeh kan kelas lambat! 7.30pm baru setel! Penat sey melangut dalam kelas sedangkan otak dok menerawang pikir yang bebukan. Isk! Kuar dari UTM, terus gi Taman Sri Gombak, kidnep Sepai. Meronda tanpa arah tujuan. Memula pusing kat Taman Tasik Titiwangsa, niat di ati nak naik Eye On Malaysia. Tapi jalan jammed giler! Lenguh kaki aku dok main clutch ja! Uhukss. Last2 gi makan mee rebus special kat Kg. Baru. Yummy! Tetiba jiwa aku jadik kacau dek sms yang diterima dari Kakak aku! Huwaaaaaaa...Bertambah tensi dibuatnya! Adeh! Lepas makan, meronda tanpa arah tujuan lagi. Memula ingat nak singgah Yow Chuan, nak lepaskan tensi dengan melalak, tapi ketiadaan mood plak. Planning nak gi tengok midnite, tapi takut tiket wayang dah abeh. Last2 pusing satu KL dan pergi ke Bazar Malam Danau Kota. Merayau tak tentu hala sampai tengah malam. Isk! Balik umah, dapat sms dari seorang sahabat. Sekali lagi jiwa aku tertekan! Adeh la! Pening! Pening! Layan tv sampai kol 2am dan tido! Tapi Sepai jek la yang tido. Aku tak tido sampai ke jam 5am. Sebab pe?! Hmmm...Abaikanlah. Maken kusut otak aku bila fikirkannya! :( Ahad, 25/2/07 Terjaga dari tido bila dapat sms dari seseorang. Blur! Semput kejap! Amek inhaler terus lega. Then, terus sms Kakak. "Kak, dalam pukul 2pm, aku nak bawak anak2 hang gi Putrajaya. Soh dewang bersiap." "Bawak anak2 jek ke? Mak bapak nye cane?" "Mak bapak dok umah! Jangan nak nyibuk kaco daun! :p" Merayau dengan anak2 buah lagi besh! Dengan harapan, takde la jiwa kacau sangat! Kol 1.30pm, kuar dari BBS, gi Giant, lunch! Pehtu gi amek anak2 buahku yang tercayang dan terus bertolak gi Putrajaya. Destinasi pertama kami, merayau2 di Laman Seni berhampiran Dataran Masjid Putrajaya. "Aunty Aemiey, nak payung!" "Aunty Aemiey, nak layang-layang!" Kopak! :p Tindikkan telinga Fatin dengan subang kaler pink. Memandai jek aku nih taw. Mak ayah dewang pon tak tindikkan, aku plak yang over! Ihikss... Pastu gi Taman Botani. "Sapa nak naik basikal, sapa yang nak jalan jek?" Semua angkat tangan. Semua nak naik basikal. RM 4 per bicycle untuk satu jam. Duuhh!! Aku arahkan Sepai [Wah! Mengarah tu!!!] tolong jagakan Along, Amir dan Irfan, manakala aku jaga Fatin [yang masih menaiki basikal beroda]. Penat sey kayuh basikal ngan budak kecit nih. "Aunty Aemiey, penat taw! Ayah beli basikal kat Fatin kecit je. Basikal ni besar la. Berat!" Haduuuuuuuu...Jenuh bagi kekata semangat 'Malaysia Boleh' kat anak buah aku yang soang nih. Alhamdulillah, usaha aku tak sia2. Hehehe. Lepas berpenat-lelah mengayuh basikal selama 1 jam, kami pon bergerak kembali ke Dataran Masjid Putrajaya. Lepak2 makan guring pisang sambel tengok anak2 buah main layang2. Pehtu turun ke Souq tengok ikan2 yang beso bagak plak! Pehtu melepakkan diri kat jambatan sambil tengok sunset! Hmmm... Anto sms kat Bob; "Aku kat Putrajaya dengan anak2 kakak. Kitoang nak gi singgah umah hang japs, mo makan dan minum, aci dak?" Hahahaha. Buruk sungguh perangai taw! Dah penat2 merayau, nak gi makan free jek! Tapi sib baik la Bob reply dan bagi lampu ijau. Menderu2 rombongan aku gi umah dia kat Kajang Utama nun. Sesampai kat umah, Ros tengah guring cucur pisang. Yummy!! Main2 japs ngan Tasnim yang dah tumbuh dua batang gigi, pehtu makan time!! Toche memanyak ye Ros dan Bob! Nyusahkan koang jek!! Hehehe... Bertolak balik ke KL jam 9.30pm. Anto anak2 buah dulu, lepak hampir 20 menet, pehtu anto Sepai lak balik ke Sri Gombak. Sepanjang-jalan-kenangan nak balik ke umah, tetiba aser kosong jek ati nih! Kosong sekosong-kosongnya! Erghhhhhhhhh!!! Tak suka sungguh perasaan ceni! Mencik!!! Rasa cam nak patah balik, nak gi kidnep Sepai ajak reronda lagik jek! Huhuhuhu. Sampai umah, mandi-manda, iron baju, tetiba Mya ketuk pintu bilik. Dia bagi 'gift' untuk aku! Erk!! Terharu!! Aku tak mengharapkan semua tu kawan! Seriyes! Aku cuma mengharapkan segala apa yang berlaku, dapat diselesaikan dengan baek! Aku juz nak ko tahu, aku dan kawan2 lain sentiasa ada disisi ko! Ko tahu kan apa yg aku maksudkan? Tidur malam ditemani bunyi2 bunga api yang berdentum-dentam. Huhuhu... Nota kaki cagu: Menyampah?!?! Owh..baru la aku taw!! Sorry sebab tak pernah paham bahasa selama ari nih! :(