banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Friday, February 16, 2007

Luahan hati pankreas seorang insan bernama Tipah

Bebaru nih, berborak di ym dengan Melly, katanya, dia seronok baca blog aku, hepi sokmo, walaupun sebenarnya tengah berduka. Hmmm.. Nak suruh aku tulis entry yang sedih2 kah? Hahahaha. Tanak arh! Nanti aku jugak yang 'mandom'. :p Seperti selalu, ramai pembaca2 blog aku mengatakan, entry aku kelakar, ayat tunggang langgang tapi senang difahami, slumber, ada mesej, kalo tengah buring2 tu, masuk dan baca blog aku leh ilang tensi [hmmm...ye ke?] dan memacam lagi la kekata pujian melangit yang diterima. Wah! Kekunun hebat sangat le tu!? Jangan riak Cik Tipah oit! Heh!! Sesungguhnya, aku sedaya mungkin nak menggembirakan diri sendiri dan pembaca blog aku, melalui pengalaman2 dan gaya penulisan aku yang meraban. Tapi, korang jangan la suspek yang aku nih seorang yang ceria ye! Yups! Aku akui, aku memang suka tersenyum, mudah ketawa, dan kadangkala sampai menitik air mata akibat gelihati yang teramat sangat. Tapi sebenarnya, jauh disudut hati aku, aku nih seorang yang sensitif. Teramat! Aku mudah terasa bila orang 'berbahasa' dengan aku. Aku mudah tersinggung bila ada orang yang 'bersuara keras' dengan aku. Aku mudah menangis bila ada orang yang marahkan aku. Aku mudah kecil hati bila ada orang yang 'cakap lepas' dengan aku. Tu belum masuk lagi orang yang menjeling, memoncongkan molot, menoleh pala bila ternampak aku. Isk!! Dari sebesar2 perkara, sampai sekecil2 hal pon, aku boleh terasa. Sungguh teruk akan diriku ini. Sensitif tak bertempat! Aku taw, aku sedar, itulah kelemahan yang paling ketara dalam hidup aku. Ada ketikanya, aku ramai kawan, dan ada ketikanya, aku kehilangan kawan. Semuanya gara2 sikap dan sifat aku yang terlalu amat sensitif itu! Sedaya boleh aku cuba untuk berubah. Seboleh mungkin aku pendamkan perasaan bila hati tersentuh, jiwa terusik. Aku tak cakap yang aku dah berjaya berubah 100%. Tapi aku akan terus cuba untuk mengubah kelemahan yang ada pada diri. Kepada mereka yang pernah terasa, pernah kecewa dengan sikap aku, aku minta maaf. Sungguh! Aku tak terniat nak menyakiti hati kalian. Bukan! Aku bukan sengaja. Kadang-kadang, tindakanku di luar kawalan. Segala yang terjadi, sekelip mata. Segala kata yang keluar, tanpa dirancang. Tatkala hati tersentuh, otak terus tak berfungsi, mata mula bergenang. Agaknya, sebab sikap aku nan satu nih la...orang cepat jemu dan.....Hmm...Abaikanlah! Kita tak leh nak paksa orang untuk terima kita, kan? Susah nak cari orang yang benar-benar memahami dan benar-benar boleh terima kita seadanya, baik buruk kita. Tetiba teringat satu dialog nan indah [waktu tu la...] "Saya ada kekurangan dan kelebihan, begitu jugak dengan awak. Kekurangan awak, kelebihan buat saya. Kelebihan awak, mungkin kekurangan bagi saya. Kita saling melengkapi antara satu sama lain." Syahdunye! Isk! Eh!! Ntah apa la yang aku merabankan nih pon, tatawu la. Koang jangan pikir bebukan plak ek!! Koang tengok jek la tajuk entry aku nih, nama pon 'luahan hati', bukan 'luahan otak', jadinya, apa yang tertaip nih nampak sangat 'hati' yang berkuasa, bukan 'otak'. Hehehehe. Bukan niat nak mengungkit, kalau ada hati yang terasa, maafkan aku ya. Aku cuma terkenang! Err...Terkenang tak bermakna aku merindu, kan? :p [Bab2 rindu skang nih kena sensitif skek! ;p] Errr...tujuan utama aku meraban nih, bukannya apa...err...sebenarnya, aku nak mintak ampun dan maaf, kat semua orang, andai aku ada buat salah dan silap, tanpa aku sedari. Aku baru dapat offer dari Mya, dia telah sudi menumpang-kasihkan keretanya untuk aku memulangkan diri ke kampung halaman. Isk! Segan sebenornya nak nompang dia dan hubbynya, tapi apakan daya, tiket bas dah abeh. Terpaksa gak la menebalkan muka untuk membontotinya. Ihikss..Tq my prenk! Really appreciate it!!! So, tolong la doakan agar aku selamat pergi dan kembali ya. Aku akan bercuti bersama parents yang tersayang dari hari Sabtu, hingga hari Rabu minggu depan. Insya Allah, hari Khamis, aku akan kembali ke arena pem'blog'an seperti biasa. Take care ya!!! Bubye! Nota kaki tensi: Idong masih tersumbat, tekak masih perit, pala masih ting-tong. Ubatnya satu jek.... :D