banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Wednesday, February 28, 2007

Mari menonton MUKHSIN...

Minit terakhir, Sheena telah menarik diri dari membontoti aku dan Kak Feez. Kerja yang bertimbun memaksa beliau untuk terus menyiapkannya. Alahai, sian dia! Gerak gi ke Mid Valley dengan keta Honda City merah Kak Feez jam 1.30pm. Lunch dolu. Asalnya nak makan kat Food Court Junction, tapi nanti baju melekat dengan bau-bauan plak. Kensel! Terus gi makan kat restoran Jepun, Kiku Zakura. Kak Feez belanja! Yeay! Makan beef teppanyaki yang sungguh yummy skali. Total makan untuk berdua - RM 95.45. Adeh! Toche memanyak akakku!!! Murah la rejeki akak nanti, Insya Allah! Muah muah muah! Cayang seploh menet! Ihikss... Kol 2.30pm, gerak gi kaunter register untuk Blogger. Sepai dah register awal2 lagi dah. Tak dapat goodies bag. Huhuhu. Sedey! Terus masuk ke Hall 12. Duduk di barisan belakang seblah kiri. Satu barisan dengan abang2 wartawan dari NST yang sungguh havoc gitu taw! Auwww!!! "Eii, I dah dengar lagu nih dekat2 140 kali taw! I dah boleh hafal dah liriknye taw!" "Kalau I ada blog, blog I la yang pertama kena block taw! Nak citer pasal Mukhsin, tapi Mukhsin yang *tooootttttt*" "Ada kawan ketat, dan ada musuh baik taw!" "Bila pakai bedak magic powder nih, boleh jadi cantek ke?" "Sesapa yang kena umpatan dari dia, boleh bunuh diri you!" *Baca ala-ala nyah gitu, ok?!* Memang havoc dan kecoh abang2 wartawan yang nyah gitu! Kembang pipi aku dok gelakkan dewang tu. Ihiksss. Masa tengah tunggu show dimulakan, nampak la kelibat2 artis, ada Norman dan Yusry KRU, Ning Baizura dan barisan pelakon2 citer Mukhsin. Rasa bangga japs semalam bila mana para Blogger di alu2kan dalam majlis tersebut. Auuwww!!! Mukhsin Filem nih adalah prequel dari filem Gubra dan Sepet. Mengisahkan tentang Mukhsin, yang datang ke kampung halaman Orked untuk menghabiskan cuti sekolah dikampung tersebut. Perkenalan antara Mukhsin dan Orked terjadi ketika mereka ingin bermain game 'galah panjang' [time kekecit dulu, aku suka main game nih, besh!]. Persahabatan mereka semakin akrab bila mana Mukhsin selalu membawa Orked ronda2 sekeliling kampung dengan menaiki basikal, main layang-layang bersama dan Mukhsin mengikut family Orked untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Satu insiden telah terjadi menyebabkan Orked merajuk dengan Mukhsin. Keras hati betul si Orked tu taw! Langsung tanak jumpa Mukhsin. Sian Mukhsin. Mukhsin seorang yang sungguh caring. Dia sayang pada Orked, tapi dia tak pernah meluahkan perasaannya pada Orked. [Eii..aku tak suka la jenis simpan2 ni. Kalo nak, cakap jek direct, naper nak berdiam diri, ye tak? Bikin kompius arh! :p] Kesudahannya, kena la koang gi tengok citer Mukhsin nih di pawagam pada 8 Mac nanti ya. Baper bintang nak kasik ni ek?! Hurmmm...tiga setengah bintang per lima, boleh? Komen/pandangan aku terhadap filem Mukhsin 1) Sesapa yang dah pernah melihat filem arahan Yasmin Ahmad, korang pasti taw cara dia buat filem. Bukan direct to da' point. Dia tak 'suap' kat kita dengan jalan citer yang bulat2. Dia ajak kita untuk berfikir dan merasai perasaan dalam setiap watak yang ditonjolkan. 2) Bila menonton filem Mukhsin, secara tak langsung, aku ter'flashback' zaman gilang-gemilang aku masa kekanak ribena dulu. Main sanding2, main galah panjang, main layang2, panjat pokok. Owh! Sungguh besh skali donia zaman kekanak dulu. Andai boleh diputarkan waktu...Hmmm 3) Sapa kata filem nih mengajar budak2 untuk bercinta? Tidak sama sekali!! Takde langsung ungkapan SAYANG atau CINTA dalam ini filem. So, jangan dengar cakap2 orang. Jangan cepat jump to da conclusion awal2 ye. Pergi la tengok, koang pasti takkan menyesal. Moral of da' story yang boleh di dapati dari filem ni. 1) Merajuk pon, biar la bertempat. Jangan la terus-terusan menghukum seseorang cepat sangat. Bagi peluang untuk dia beri penjelasan. Dengar dulu. Bukan rugi apa2 pun. 2) Tak semua manusia tu perfect. Kekadang kita tengok, satu keluarga tu hepi jek, tapi padahal, hutang keliling pinggang. Ada plak keluarga yang jenis bz bodi, tapi sebenarnya, dia juga ada peristiwa malang yang perlu dihadapi. 3) Manusia, sebagai khalifah Allah, kena percaya, nasib dan ujian yang datang, tak selalunya diklasifikasikan sebagai musibah. Kita senantiasa akan diberi peluang yang kedua. Jadi, peluang kedua yang diberikan tu, kena la digunakan sebaik mungkin. Tak larat nak citer pepanjang, meh kita tengok gambo2 yang aku amek sepanjang petang semalam ketika berada di Mid Valley, ya!
With Ally Iskandar yang ala-ala bz-sombong gitu. Huh! :p
With Adibah Noor yang tengah makan tapi telah diganggu-gugat oleh aku!
With Shafiee yang memegang watak Mukhsin. Baru Tingkatan 3 adik nih. Good luck ye!
With Yasmin Ahmad yang sungguh sporting! Congrates!! Harap2 filem Mukhsin sukses! Tahniah jugak sebab filem nih dah menang 2 awards di Berlin! ;)
Disamping props yang diletakkan di luar Hall 12
Nota kaki cagu: "Senyum akak dah lain. Dulu senyum yang bebetul manis. Tapi skang, walau pun senyum, tetap nampak kepahitannya." Hmm...ye ke!?