Iye-iye jek aku cakap dah tanak gi tengok wayang citer antu dah, kan? Alih-alih aku telah memungkiri kekataku sendiri. Sungguh kurang berprinsip arh aku nih! :p
Semalam, aku dengan Mya telah menjalankan satu projek keji yang diberi nama
'Projek Menakutkan Diri Sendiri', bleh gitu?
First of all, aku nak ucap toche memanyak buat
SultanMuzaffar (SM) yang telah sudi mencadangkan nama aku kepada pihak
Astro untuk menjemput aku ke tayangan prebiu filem
Puaka Tebing Biru. Toche juga kepada
En. Ira Fazir yang telah sudi menerima kehadiran aku walopon last menet punya confirmation. Ihikss. Last but not least, toche memanyak kat
Mya kerana telah sudi menjadi peneman aku yang sedia-kala penakut ni untuk menonton citer puaka itu, dan juga, sudi menumpang-kasihkan kereta mu terhadapku. :D
SM cakap, "Setiap kali jumpa mesti bergambo ek?" Hahaha. Perlu taw! Satu kewajipan gitu! :p
Kami berdua sampai ke
Midvalley jam 6.45pm. Terus menuju ke
Amarin Heavenly Thai Restaurant - dinner, yang telah ditaja oleh
Tayangan Unggul Production. Time register, perkenalkan diri sebagai 'Bloggers', dapat goodies bag yang mengandungi poster, penanda buku, t-shirt, cd lagu tema, cd gambo2 'the making of...' dan sebuah file yang mengandungi sinopsis tentang citer
Puaka Tebing Biru [PTB].
Nih ler isi-pewot yang terdapat di dalam goodies bag yang kitoang dapat tu.
Sebaik saja melangkahkan kaki ke dalam restoran tersebut, keliru tak taw nak duduk kat meja yang mana satu. Last2 pilih meja ditengah2, dekat dengan makanan [ala buffet] dan dekat dengan meja VIP. Time nak melabuhkan bontot, ternampak
Alif ku yang comei [finalis One In A Million]. Terkedu seketika! Comeinyeeeeeeeeee....
Pehtu, acara makan2 pon dimulakan. Tengah dok syok2 menjamu selera, ternampak manusia2 yang famous yang bergelar artis/pelakon yang turut sama hadir di situ. Antaranya,
Benjy dan bondanya,
Azean, Aznah Hamid dan anaknya
Syira, err..sapa lagi ek?!?! Aku kenal muka, tapi aku tak ingat nama arh! Hahahaha. Abaikan la. Yang pasti, memang ramai pelakon2 yang chantek2 dan encem2. Ehem!!!
Taw sapa yang duduk semeja dengan aku/Mya?!?!
Dr. Mahadi J. Murat [Presiden FDAM] dan anak lelakinya yang baru seminggu pulang dari Korea,
Fikri [muka anak dia cam ala2 penyanyi Samsons gitu].
Fikri seorang yang sungguh gentleman gitu! Besh!!! :p
Semeja dengan ku, Dr. Mahadi J. Murat dan anaknya, Fikri. Peace bebeh! :D
Lepas dah kenyang, kitoang pon bergerak gi ke GSC. Lepak2 diruang legar, sempat la snap gambo dengan Pengarah filem terkenal,
Badar. Time nih, aku dan Mya agak malu2 untuk approach pelakon2 yang ada, tatawu la naper tetiba memasing jadi pemalu. Isk! Keji taw!!! :p
Bersama Abg. Badar yang cool
Bila dah masuk panggung, time nak memanjat tangga ke tingkat atas, terperasan
Alif yang duduk di tepi tangga. Berdebar lak rasa ati! Hahahaha. Mya telah beria2 menyuruh aku untuk menangkap gambar bersama
Alif, katanya, kang tak sempat tangkap gambo kang, aku gak yang frust. Makanya, kami pon telah men'snap'kan gambo bersama2 dengan
Alif ku yang comei itu! Yeay!!!
Alif ku yang sungguh comei!! Mya telah mengingatkan padaku, "Budak lagi tu!" Hahahaha.
Bila dah kembali ke tempat duduk [row ke tiga dari barisan teratas], tetiba ternampak hero jantung hatiku -
Farid Kamil yang sungguh segak dengan t-shirt hitamnya itu! Owh! Owh! Tak berkesempatan untuk bergambar dengannya. Huwaaaaaaaaaa! Terkilan sungguh rasa di hati ini! Uhuksss...
Jam 8.30pm, acara dimulakan dengan bacaan doa. Pehtu ucapan dari Senior Executive Producer TU -
Gayatri Su-Lin Pillai dan diikuti ucapan oleh Pengarah PTB -
Osman Ali.
Dah abeh ucapan, pawagam digelapkan dan tetiba muncul 'antu2' dari tingkat duduk di atas. Ngeri sey!!! Tak sanggup aku nak tengok wajah antu2 tersebut [walopon dah taw tu sumer cuma mekap jek], tapi aku tetap ngeri! Time ni aser cam nak ajak Mya balik umah jek, tak sanggup nak meneruskan
Projek Menakutkan Diri Sendiri nih! Isk!
Pehtu tayangan filem pon dimulakan. [Nanti aku buat entry lain tentang filem
PTB ni ek?!]
Barisan pelakon utama PTB bersama antu2 yang mengerikan. Isk!
Lepas abeh tayangan filem tersebut, press conference diadakan. Memacam soklan diajukan. Sebenarnya banyak persoalan bermain2 dikotak ingatan aku dan Mya, tapi kami berdua memasing agak malu untuk bertanya arh! Kami kan hanya blogger dipinggiran gitu. Ahakssssss...
Sesi bergambo pon dimulakan. Meh tengok gambo2 meh! :D
Bersama Gayatri Su-Lin Pillai
Bersama Sharifah Amani yang sungguh kiut dan kelakar! Cayalah!
Perlu ke gusip pasal dewang nih? Err...tak yah la. Semoga berbahagia ye Fahrin & Linda. *wink*wink*
Umie Aida yang err..err...No comment lah! :p Watak antunya sungguh berkesan sekali! Cayalah!
Cikgu Fatimah tanya, takut tak tengok filem PTB, kitoang cakap aarh takut [sambel buat muka ala2 manja gitu], pehtu dia cakap, "Jangan takut. It's just a movie ok?!" Hehehe. :p
Err...cam sepadan jek kan?!?! Hahahaha. Pasan! Mampus Linda marah aku nanti! Ahakss!!
Kuar dari panggung, tetiba nampak muka Erra. Wah! Teruja dibuatnya. Comei arh dia! Baek ati! Sungguh besh sekali dapat bergambo dengan dia!
Kak Nasya ku sayang!! Sungguh perfect dimata kasarku ini. Kulitnya mulus, bodynya yang cun. Baek ati dan mesra alam plak tu! Over btoi gambo nih kan? Hahaha. Asalnya aku peluk pinggang dia jek, alih2 dia peluk aku, so, aku pon peluk la dia balik dengan penuh mesra gitu!! Hahahaha. [Dak Tipah memang sentiasa over, okay!?!? :p]
Aku dan Mya telah bertanyakan soalan secara bertubi-tubi kepada
Nasya sehinggakan dia pening pala. Hahahaha. Sian dia.
Pa pe hal pon, terima kasey daun keladi buat pihak
Astro amnya, dan pihak
Tayangan Unggul khasnya, yang telah sudi menjemput aku dan Mya yang hanya Blogger di pinggiran ini, untuk turut serta ke majlis yang sungguh besh itu!!! Harap2 pasnih, ada lagi la jemputan untuk aku ek?! Ihiksssss....
Nota kaki
cagu: Sib baik clearkan juga walopon dah lewat! Pening taw! Huhuhu. Zalim sungguh! :p
|